Sepanjang menjadi pemilih dan pernah 2 kali mengundi adalah menjadi tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan memerintah. Sistem demokrasi Malaysia yang setahu aku mempunyai pilihanraya Dun dan Parlimen serentak kecuali di Negeri aku Sarawak yang Dun nya mempunyai tarikh pengundian yang berlainan.
BN mempunyai beberapa Parti yang yang mewakili kaum masing-masing contohnya UMNO mewakili Melayu, MCA mewakili Cina,MIC mewakili India PBB mewakili Bumiputera Sarawak dan beberapa lagi parti politik BN yang tidak disebut mempunyai tujuan penubuhannya sendiri.
Berlainan dengan 3 Parti Utama Pakatan Rakyat yang tidak jelas tujuannya dan hanya berteraskan "Buku Jingga" kerana mereka sebenarnya mempunyai halatuju dan ideologi yang amat berbeza. PKR parti yang diwujudkan untuk menuntut Keadilan kepada Anwar Ibrahim mantan TPM yang dipecat pada zaman Tun Mahathir. DAP pula adalah parti yang cuba menuntut kesamarataan untuk semua Bangsa Malaysia melalui ideologi Malaysian Malaysia. PAS sebuah Parti islam pula pada mulanya mahu Malaysia diisytiharkan sebagai Negara Islam dan mengamalkan undang-undang Islam Hudud yang sememangnya dibantah keras oleh sekutu mereka DAP. Dibawah kepimpinan baru Mursyidul Am dan Presiden PAS era Millenium Pas cuba memperkenalkan konsep negara berkebajikan.
Konsep mudah yang diamalkan BN sebenarnya perlu dipertahankan oleh semua pemilih pada PRU 13 demi kesejahteraan Malaysia kerana Pakatan Rakyat tidak akan mampu untuk memberikan apa yang di lakukan oleh BN. Cuba kita bayangkan apabila 3 parti ini memenangi PRU 13. Siapa yang akan menjadi Perdana Menteri? Anwar bin Ibrahim PM dari Pakatan atau PKR? kita katalah Anwar ni mewakili Pakatan Rakyat? DAP dan PAS mesti nak jawatan TPM. jadi dah kompem 2 TPM akan dilantik mewakili Parti Masing-masing. Parti dari Borneo atau calon bebas Sabah dan Sarawak pun nak jawatan TPM mewakili Borneo. Tentu 3 TPM akan dilantik pada masa tersebut. Itu belum lagi tuntutan kaum india, Takkan TPM akan jadi sampai 4 orang atau tiada TPM dilantik pada masa tersebut ataupun digilirkan. itu semua terletak pada kebijaksanaan Pakatan Rakyat.
Seandainya Pakatan Rakyat tewas adakah Anwar akan terus dihormati oleh ahli-ahli pakatan rakyat?kita cungkil sedikit demi sedikit kerana beliau ingin bersara dari politik. Mungkin Anwar sedar bahawa risiko itu perlu dihadapi dan beliau tidak boleh berundur untuk PRU 13. Seandainya tewas maka beliau akan gagal sepanjang hidupnya untuk menjadi PM.
Semoga PM tidak melupakan MP Sarawak dan melantik mereka memegang Portfolio kanan sekiranya BN kembali menguasai Parlimen pada PRU 13.

5 comments:
Semoga PRU 13 makin ramai ahli UMNO, MCA,MIC dan komponen BN lain akan mengundi Pakatan Rakyat secara ikhlas tapi senyap.Memang rugi dan akan menyesal jika masih pilih Be End
SIAPA PILIH PR memang bodoh..nanti orang melayu jadi 5th class citizen macam melayu singapura...orang melayu disingkir padahal neger asal melayu...
Melayu Islam...dah 50 tahun duduk SGP......
DAP is equal to PAP atau DAP SAMA DENGAN PAP...memang jorang punye..target ..nak ambil alih Melayu...nanti orang Melayu pandai pun dia kata bodoh...keturunan Melayu akan hilang dari population Melayu..sebab CE YE NOON Alif dah ambil alih tempat orang MELAYU....
sepatutnye Melayu Islam kene bersatu...sebagai satu ummah...mari kite berdoa...AMIN...
wah... nampak gaya ...ini kes tipah dah tertipu...PAS jangan pulak nak..jadikan pisang berbuah dua kali...habislah..keturunan aku...maruah tergadai...
mesti bersatu..kalau mati tak bawa harta...jangan tamak..hidup hanya sementara
saranan: umno,pas,pkr..mesti bersatu..umat islam mesti bersatu..macam saladin satukan semua pejuang islam dan bagi-bagiape yang dipinta ketua tapi rakyat biasa pun mesti dibagi harta...semua dapat ..semua harta mesti..dibagi sama rata..walaupun pada orang miskin..sebab... harta ini harta Allahswt...kita hidup taklama..bila mati ...tak bawa harta...
Post a Comment